Menu

Friday, 4 December 2015

Reprogram Samsung Galaxy Tab 2

Salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman macam mana hendak memprogramkan semula samsung galaxy tab 2 (10 Inci). Kerja memprogramkan tablet samsung ni agak remeh sedikit dan memerlukan kita untuk memuat turun sistem operasi (OS) mengikut versi yang sesuai dari laman sesawang tertentu. Antara gambar yang sempat diambil semasa kerja progamkan semula seperti dibawah:-









Seterusnya, sekiranya anda atau rakan anda mempunyai masalah seumpama atau serupa ini adalah satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah tablet "hang" atau "stuck" mahupun "auto restart".

Sekian...

Thursday, 23 April 2015

Masalah Hard Disk - Aspire 4830T

Salam 1Malaysia.

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi masalah berkenaan dengan masalah hard disk pada komputer riba jenama Acer model Aspire 4830T (TimelineX). Terdapat bunyi pelik pada hard disk dan data tidak dapat diselamatkan.

Dibawah adalah antara gambar yang sempat di ambil semasa kerja mengganti dan memasukkan perisian dilakukan. 


                                          




                                          






                                          








Nota Penting.
Simptom utama hard disk akan rosak adalah terdapatnya bunyi pada hard disk tersebut, setiap operasi persisian perlahan dan berlakunya BSOD (Blue Screen Of Dead)


Masalah ini kebiasaannya terjadi adalah berpunca daripada jangka hayat hard disk dan kecuaian pengguna. Kerana setiap produk mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri, untuk hard disk anda boleh menggunakannya sekurang-kurangnya selama 3 Tahun (saranan) dan selepas itu haruslah menggantikan dengan yang baru, seterusnya dapat mengelakkan data-data atau dokumen penting dapat diselamatkan. Bagi kecuaian pengguna pula, kebanyakan pengguna komputer hanya tahu guna dan tidak ingin mengambil tahu akan kepentingan menjaga hard disk, seperti tidak melakukan defragmentasi, pembersihan dan perkara asas yang lain. 


Sekaligus dapat mengurangkan tanggungan perbelanjaan dan kerugian.

Semoga entri kali ini, dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada anda.

Jumpa lagi!

HP 1515 - Cleaning

Salam 1Malaysia, Hari ini saya nak kongsi pengalaman membersih bahagian dalam pencetak jenama HP Model 1515 All in One. Pencetak tersebut mempunyai masalah semasa menggunakannya kerana terdapat kotoran/ink printer pada kertas yang dicetak. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan membuang lebihan ink printer pada Waste Ink pencetak tersebut dan seterusnya membersih bahagian komponen yang lain. Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat diambil.





    





                           









                        


                               


                               


                        


                       

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, semoga dapat bersua lagi untuk perkongsian yg akan datang..

Tuesday, 3 March 2015

Blank Screen and Cursor Problem

Salam 1 Malaysia, hari ini saya nak berkongsi pengalaman mengatasi sebuah laptop yang mempunyai masalah paparan hitam dan hanya terdapat ‘cursor’ sahaja. Kebiasaannya masalah ini adalah disebabkan oleh ‘Registry’ telah berubah dan boleh juga dikaitkan dengan masalah 'shutdown' yang tidak sempurna.





Setelah bahagian registry telah di ubah ke asal, masalah tetap sama. 

Penyelesaian yang terakhir, ialah dengan programkan semula sistem operasi (OS) dan ‘backup’ data atau dokumen dari ‘hard disk’ laptop tersebut. Sebelum program semula dan ‘backup’ data, saya telah melakukan imbasan virus (scanning virus) terhadap hard disk tersebut dan mendapati terdapatnya jangkitan (infection).




Proses ‘backup’ dan program semula OS dilakukan. Untuk ‘backup’ data, saya telah menggunakan software boot disk seperti rajah dibawah. 




Untuk program semula OS, saya telah menggunakan ‘Recovery Partition’ yang terdapat dalam hard disk laptop tersebut.





Masalah selesai.. semoga berjumpa lagi di entry yg akan datang..

Thursday, 26 February 2015

Pemberitahuan Perubahan Caj.

Salam 1 Malaysia,

Sukacitanya, kami ingin memberitahu anda/pelanggan kami tentang "Promosi Perayaan Tahun Baharu Cina" telah berakhir dan secara automatiknya caj-caj perkhidmatan kembali kepada harga asal.


Ikuti kami di Berita B.C.S, kerana banyak lagi promosi dan diskaun yang akan kami tawarkan kepada anda..!

Wednesday, 11 February 2015

'Pickup & Delivery Service'

Bermula pada bulan Februari ini, Brilliant Computer Solutions ingin memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu 'Pickup & Delivery Service', di mana kami akan ke tempat anda.

Dengan adanya perkhidmatan ini, ianya dapat mengurangkan perbelanjaan minyak kenderaan anda seterusnya dapat menjimatkan masa anda.

BAGAIMANA 'PICKUP & DELIVERY SERVICE' KAMI MEMBANTU ANDA?

sila klik 'PICKUP & DELIVERY SERVICES' untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 4 February 2015

Perubahan Caj Sempena Tahun Baru Cina.

Salam1 Malaysia,

Sempena Tahun Baru Cina ini, kami telah membuat promosi ke atas caj bagi setiap servis yang kami tawarkan. 

Anda boleh pergi ke ruangan "Perkhidmatan" untuk mengetahui perubahan caj yang kami sediakan.

Ikuti kami di Berita B.C.S, kerana banyak lagi promosi dan diskaun yang akan kami tawarkan kepada anda..!

Masalah keyboard pada Asus K43U.

Salam 1 Malaysia, hari ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman bagi masalah di atas. Bagi sesiapa pengguna komputer riba, sudah pasti anda akan mengalami masalah tersebut sama ada keyboard tersekat, tidak berfungsi dan seterusnya menyukarkan anda untuk membuat atau menyiapkan tugasan harian. 


Untuk masalah laptop ini adalah, dua butangnya tertanggal dan terdapat beberapa butang lain tersekat dengan kata lain "pandai menaip sendiri" ataupun bunyi "beep" yang panjang bila kita "on" laptop tersebut. Saya telah menggantikan dengan yang baru dan masalah selesai..

Semoga dapat berjumpa lagi di "entry" yang akan datang..

Tuesday, 6 January 2015

Acer Aspire 4736Z No Display

Salam 1 Malaysia buat pelawat Brilliant Computer Solutions. Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman membaiki komputer/laptop no display. 

Baru - baru ini saya telah membaiki sebuah komputer acer model aspire 4736z yang mempunyai masalah tiada paparan (no display). Melalui apa yang diberitahu oleh pemilik komputer (nama dirahsiakan), komputer tersebut sudah lama tidak digunakan kerana menghadiri kursus beberapa bulan dan pemilik mengesyaki masalah tersebut adalah berpunca daripada virus.




Apabila saya melakukan pemeriksaan dan mendapati salah satu chip pada mainboard telah rosak. Setelah chip tersebut di ganti dengan yang baru, maka..lihatlah keputusannya dibawah..




Sebab lain komputer ini rosak juga adalah kerana, ruang dan kipas cpu/prosesor telah menyimpan banyak habuk sekaligus menghalang haba panas dari keluar.




Jadi, sukanya saya menasihati kepada pengguna komputer untuk rajin menghantar komputer ke pusat servis komputer secara kerap bagi mengelakkan masalah di atas terjadi kepada anda. Selain itu, anda juga dapat mengurangkan kos baikpulih dan dapat mengelakkan data seperti fail / dokumen kerja, gambar keluarga dsb yang penting daripada hilang begitu sahaja.


*Hantar komputer untuk di servis ke pusat/kedai servis komputer yang berpengalaman.