Baru - baru ini saya telah membaiki sebuah komputer acer model aspire 4736z yang mempunyai masalah tiada paparan (no display). Melalui apa yang diberitahu oleh pemilik komputer (nama dirahsiakan), komputer tersebut sudah lama tidak digunakan kerana menghadiri kursus beberapa bulan dan pemilik mengesyaki masalah tersebut adalah berpunca daripada virus.
Apabila saya melakukan pemeriksaan dan mendapati salah satu chip pada mainboard telah rosak. Setelah chip tersebut di ganti dengan yang baru, maka..lihatlah keputusannya dibawah..
Sebab lain komputer ini rosak juga adalah kerana, ruang dan kipas cpu/prosesor telah menyimpan banyak habuk sekaligus menghalang haba panas dari keluar.
Jadi, sukanya saya menasihati kepada pengguna komputer untuk rajin menghantar komputer ke pusat servis komputer secara kerap bagi mengelakkan masalah di atas terjadi kepada anda. Selain itu, anda juga dapat mengurangkan kos baikpulih dan dapat mengelakkan data seperti fail / dokumen kerja, gambar keluarga dsb yang penting daripada hilang begitu sahaja.
*Hantar komputer untuk di servis ke pusat/kedai servis komputer yang berpengalaman.
No comments:
Post a Comment