Kami menggalakkan untuk pos laptop atau desktop anda dengan cara yang betul. Di sini terdapat beberapa langkah yang akan kami tunjukkan tentang bagaimana cara untuk membungkus laptop anda untuk di pos ke Brilliant Computer Solutions.
LANGKAH 1
Sebelum anda membungkus laptop, pastikan anda menanggalkan bateri laptop dan adapter charger.
LANGKAH 2
Sediakan kotak kosong. Pastikan kotak tersebut muat untuk Laptop/Desktop anda.
LANGKAH 3
Pastikan anda meletakkan pengalas pada tapak kotak tersebut untuk mengelakkan ruang kosong yang boleh mengakibatkan laptop/desktop anda pecah/rosak semasa proses penghantaran. Lebih tepat lagi, pastikan kotak yang anda gunakan menjadi padat. Anda boleh menggunakan surat khabar lama yang digumpalkan.
LANGKAH 4
Pastikan laptop/desktop anda dibalut dengan baik. Terpulang kepada anda untuk membalutnya dengan cara apa sekalipun. Kami sarankan anda menggunakan bubble wrap packing seperti dalam gambar dan letakkan laptop/desktop anda dengan baik.
LANGKAH 5
Sama seperti langkah 3 tadi, pastikan anda meletakkan penggalas pada atas laptop/desktop seperti surat khabar dan sebagainya. Pastikan kotak yang digunakan menjadi padat. Setelah itu, balut dengan pita pelekat kotak anda dengan cermat dan selamat.
LANGKAH 6
Tampalkan CONSIGNMENT NOTE yang mengandungi alamat anda dan penerima untuk proses penghantaran pos. Terpulang kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan pos yang ada seperti poslaju, skynet, gdex dan sebagainya.
Peringatan
*Pastikan dalam kotak yang anda gunakan, sertakan sekali nama anda,model laptop/desktop serta masalah laptop/desktop anda dalam sekeping kertas.
*Sila SMS/Whatsapp ke 013 578 7864 dengan mengemukakan (Nama, Alamat dan Masalah komputer anda) sebelum menghantar komputer anda kepada kami. Kami akan membalas sms/whatsapp anda secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment