Salam 1Malaysia.
Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi masalah berkenaan dengan masalah hard disk pada komputer riba jenama Acer model Aspire 4830T (TimelineX). Terdapat bunyi pelik pada hard disk dan data tidak dapat diselamatkan.
Dibawah adalah antara gambar yang sempat di ambil semasa kerja mengganti dan memasukkan perisian dilakukan.
Nota Penting.
Simptom utama hard disk akan rosak adalah terdapatnya bunyi pada hard disk tersebut, setiap operasi persisian perlahan dan berlakunya BSOD (Blue Screen Of Dead).
Masalah ini kebiasaannya terjadi adalah berpunca daripada jangka hayat hard disk dan kecuaian pengguna. Kerana setiap produk mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri, untuk hard disk anda boleh menggunakannya sekurang-kurangnya selama 3 Tahun (saranan) dan selepas itu haruslah menggantikan dengan yang baru, seterusnya dapat mengelakkan data-data atau dokumen penting dapat diselamatkan. Bagi kecuaian pengguna pula, kebanyakan pengguna komputer hanya tahu guna dan tidak ingin mengambil tahu akan kepentingan menjaga hard disk, seperti tidak melakukan defragmentasi, pembersihan dan perkara asas yang lain.
Sekaligus dapat mengurangkan tanggungan perbelanjaan dan kerugian.
Semoga entri kali ini, dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada anda.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment