Menu

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat di Brilliant Computer Solutions.

1.  Setiap kerja baikpulih tidak akan dilakukan di rumah anda.


2. Pembayaran haruslah dilakukan setelah jumlah keseluruhan diberitahu. Sekiranya anda tidak yakin, anda boleh membuat bayaran deposit 50% dari harga tersebut. Setelah komputer anda siap dibaiki ataupun tempahan anda sampai, sila buat pembayaran baki.


3. Segala penghantaran barangan tempahan atau baikpulih akan di caj bergantung pada jarak dan berat item, caj tersebut akan dimasukkan sekali dengan harga barangan tempahan atau baikpulih.


4. Kami akan memberi Trace numberkepada anda bagi memudahkan anda mengetahui status barangan setelah penghantaran dilakukan.


5. Resit akan disertakan bersama barangan tempahan dan baikpulih. Sila simpan resit tersebut dalam masa jaminan.


6. Risiko kerosakkan semasa penghantaran TIDAK di tanggung oleh pihak kami.


7. Anda dinasihati agar TIDAK menandatangani borang penerimaan dari penghantar(delivery-man) sekiranya, kotak remuk, terbuka, koyak dan rosak.


8. Segeralah membuat laporan di mana-mana syarikat penghantaran (courier office) berkenaan dengan barangan yang rosak tersebut bagi tujuan insuran atau gantian.

No comments:

Post a Comment