Salam
1 Malaysia, hari ini saya nak berkongsi pengalaman mengatasi sebuah laptop yang
mempunyai masalah paparan hitam dan hanya terdapat ‘cursor’ sahaja. Kebiasaannya
masalah ini adalah disebabkan oleh ‘Registry’ telah berubah dan boleh juga dikaitkan dengan masalah 'shutdown' yang tidak sempurna.
Setelah bahagian registry telah di ubah ke asal, masalah tetap sama.
Penyelesaian yang terakhir, ialah dengan programkan semula sistem operasi
(OS) dan ‘backup’ data atau dokumen dari ‘hard disk’ laptop tersebut. Sebelum program
semula dan ‘backup’ data, saya telah melakukan imbasan virus (scanning virus) terhadap
hard disk tersebut dan mendapati terdapatnya jangkitan (infection).
Proses ‘backup’ dan program semula OS dilakukan. Untuk ‘backup’ data, saya
telah menggunakan software boot disk seperti rajah dibawah.
Untuk program semula OS, saya telah menggunakan ‘Recovery Partition’ yang
terdapat dalam hard disk laptop tersebut.
Masalah selesai.. semoga berjumpa lagi di entry yg akan datang..